Wednesday, October 28, 2009

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2010 di SMK. Tun Fuad Stephens:-
Tarikh: 04 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 11.00am - 12.30 pm
Program Orientasi : 12.30 pm - 5.30 pm
Dokumen penting yang wajib disertakan bagi pendaftaran tingkatan 1 2010:-
1. Kad 001
2. Slip UPSR 2 salinan
3. Gambar berukuran pasport 2 keping
4. Surat beranak pelajar 2 salinan
5. Kad pengenalan pelajar 2 salinan
6. Kad pengenalan bapa/ penjaga lelaki 2 salinan
7. Kad pengenalan ibu/ penjaga perempuan 2 salinan
8. * Sijil kematian (jika salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya meninggal dunia)2 salinan
9. * Sijil bercerai (jika kedua ibu bapa bercerai) 2 salinan
10. Slip gaji ibu atau bapa yang bekerja dengan kerajaan atau sektor swasta 2 salinan
11. Surat perakuan pendapatan (rujuk dengan guru SMM sekolah masing-masing jika ada mengisi borang BMM (Borang maklumat murid) 2 salinan
12. Borang lengkap SMM Ver.4 (Minta daripada pihak guru data SMM sekolah masing-masing)
13. Slip penempatan pelajar ke tingkatan 1 2 salinan

* Jika ada

"Pelajar boleh datang sendiri atau ditemani ibu bapa / penjaga semasa pendaftaran"
"Yuran 2010 belum ditentukan. Maklumat mengenainya akan dihantar kepada semua sekolah Zon Kiulu sebelum cuti akhir tahun bermula"


Info,
Taklimat Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 pada 28/10/2009 jam 10.00 am SMK Tun Fuad Stephens.

Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Sekolah Semester 2 Tahun 2009

Peperiksaan sekolah akan berlangsung daripada 26hb Oktober hingga 29hb Oktober. Selamat menyediakan soalan kepada guru-guru dan selamat menjawab kepada semua pelajar.